May 04, 2011

*nilai sebuah kasih sayang*

As - Salam, peeps...=)

hehehe..kali nie cik nak masuk kn sedikit hasil karya cik la kat sini..puisi nie cik tulis pada tahun lepas..cik tulis nie time  sebuah tragedi yang telah berlaku dalam hidup cik..cik pun tak meyangka yg benda ni boleh berlaku..tak semua yg tahu mengenai perkara ini..biarlah ianya menjadi rahsia cik..


< Nilai sebuah Kasih Sayang >
Di kala suatu masa,
segalanya tampak indah berseri,
tawa mu, senyum mu,
menjadi penawar kesakitan di hati,
kau sentiasa di sisiku,
tatkala ku butuh kehadiranmu,
kau penuhi segala kehendak ku,
kau curahkan segala kepada ku,
kasih sayang mu tiada terbanding,
dengan emas permata di dunia ini,
cukup lah dengan kehadiran mu,
aku mampu meneruskan hidup ku ini.
tapi kini mengapa?
kau seolah - olah tidak lagi mempedulikan aku,
senyuman mu, gelak tawa mu,
semakin pudar dari ingatan ku,
khabar berita yg kau bawa,
merentap seluruh jiwa raga ku,
aku merasakan seluruh hidup ku di ragut oleh mu.
mengapa ini semua terjadi kepada ku?
mengapa baru sekarang kau meluahkan segalanya?
mengapa tidak dulu?
apa kau tidak menyayangi aku lagi?
apa masih tidak cukup kah lagi
dengan apa yang kau miliki sekarang?
mengapa kau berubah?
kau yang ku sanjungi selama ini,
kau yang ku hormati selama ini,
tergamak kau melakukan semua ini?
apakah nilai sebuah kasih sayang itu,
dapat diukur dengan harta dan emas?
apakah ianya hanya sekadar kata - kata,
yang kau ungkapkan semasa hangat berasmara?
apakah cukup sekadar dengan segala pemberianmu kepada ku?
wahai insan,
sedarlah, fikirkanlah perbuatan mu itu,
sebelum kau membuat keputusan,
yang bakal merubah segala kehidupan,
yang telah kau alami selama ini.

hehe..soo apa pendapat korg? cik nie bukan la hebat sgt pun..tak terel sgt nk bermadah puisi nie..tp at least dpt meluahkan rasa hati nie pun kira okey la kan..hehehe..apa2 pun..enjoy reading until then..
じゃ待ったね。。^-^

2 comments:

sakura (^_^) said...

ni lagu or puisi yang buat sendiri?

adila.chan said...

@sakura (^_^) nie puisi yg saya karang sendiri..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...